Monday, December 1, 2014

Before... During... n After...

-You n I by Irfan Makki-

Bismillahirrahmanirrahim... *jari-jemari mula menaip*

Tarikh keramat, 25 November 2014, 3.30 ptg...

Fuhh rase mcm beban yg ditanggung berkurang siket.

Kami budak BIO dah abes exam.. bukan exam je, kami dah habes SPM.

Alhamdulillah... *sujud syukur (even x berjemaah)

buat kengkawan yg masih lagi berjuang, Ekonomi Asas, Lukisan Kejuruteraaan, Teknologi kejuruteraan...  keep it up! Korang boleh!

ni lah rupe budak bio habes exam... #doakan kitorg punye result!

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sebenarnya blog ini diconteng bukan semata- mata hendak beritahu yg kami budak bio dah habes exam..

Tapi diri di sini hendak menyampaikan satu pesanan yg dirasakan penting utk diberi perhatian.
Sekadar ingin berkongsi pendapat samada ada benarnya ataupun tidak.....

Sebelum tibanya imtihan, dalam kalangan kita sibuk bertungkus lumus membuat pelbagai persediaan bagi menghadapi SPM yg bakal menjengah tidak lama lagi. 
Mungkin tdk semua, mungkin segelintir cuma. 
Kerana ada yg mengatakan bahawa masih byk masa lagi utk ulang kaji.
Masih ada lagi yg berjalan kehulu kehilir tidak punya hala tuju...
Ada lagi yang gemar menyakat rakan sekeliling...

Padahal pada masa yg sama, guru- guru terutamanya sedang sibuk menyusun atur jadual pembelajaran anak didiknya agar lebih efisien...

Bengkel. Perkampungan Ilmu. Kelas Intensif. Kelas Tambahan. Latihan bertubi- tubi...

Semua itu semata-mata kerana satu hala tuju. --> 'Berjaya dgn Cemerlang' <--


Namun seperti biasa masa tetap berlalu meninggalkn setiap detik.
Hari berganti hari, Bulan berganti bulan.
Saat genting SPM semakin hampir. Calon2 semakin tersedar dari lamunan masing2.
Semuanya semakin serius. Kadangkala pengorbanan diperlukan utk memperoleh sesuatu.
Di samping memberi tumpuan dlm setiap pembelajaran, membuat latihan bertubi-tubi, sering bertanyakan guru... study group...
Tutur kata juga dijaga rapi agar tdk tersalah kata dan tdk ada yg terguris.

Amalan- amalan sunat juga tidak ketinggalan, malah semakin luar biasa daripada biasa...
Surau sekolah tidak lagi sunyi dalam keheningan malam.
Terdapat beberapa dahi yang masih lagi bersujud menyentuh lantai yg dilapisi karpet merah. 
Ada juga tubuh-tubuh yg kekal berteleku di ats sejadah dan juga karpet merah. 
Diri dirasakan begitu kerdil dihadapan-Nya. 
Ada juga sehingga menitiskan air mata di bawah sinaran yg samar2..
Begitulah insan, manusia iaitu hamba Allah yg sentiasa memerlukan pertolongan dari Tuhan Yg Maha Esa. 
Kadangkala kedengaran juga suara2 merdu mereka yg mengalunkan kalimah2 suci.
Inilah kelebihan mereka yg dididik dan ditarbiyah dgn dakwah Islamiyyah.
Mereka tahu bahawa ada tempat utk mengadu, ada tempat utk bermunajat dan ada cara utk memohon sesuatu..

"Alhamdulillah, bersyukur kpd-Nya krn dberi kefahaman agama-Nya." 

Begitulah fenomena yg berlaku sebelum dan sepanjang imtihan berlangsung....

Kini, imtihan semakin menemui sisa bakinya.
Sesetengah sudah melepaskan satu keluhan menunjukkan bebanan yg ditanggung telah diselesaikan.
Sesetengah masih lagi meneruskan perjuangan utk menamatkan tanggungjawab sebagai seorg pelajar.

Tetapi.... 
Adakah masih lagi antara mereka yang kekal istiqamah?
Yang masih lagi meneruskan amalan2 yg dilakukan sepanjang sebelum dan semasa imtihan???
Kebanyakan antara mereka berpendirian bahawa sebaik sahaja imtihan berakhir, mereka bebas!
Mereka tdk perlu lagi bersusah payah berjaga malam, bertahajjud kpd-Nya..
Tdk perlu lagi mengawal diri dari perkara2 lagha...
Mereka lupa bahawa result imtihan masih memerlukan bimbingan doa dan usaha.
Mereka lupa bahawa pemeriksa kertas imtihan mereka juga ialah manusia yg punya emosi.
Doa dan pengharapan sewajarnya dikekalkan seperti sebelum dan semasa tadi...

Ingatlah kata2 ini : 

'Allah tdk memandang akan natijah, ttp Dia memandang pada usaha kita'

Jgn pernah berhenti berharap. Jgn pernah mengeluh. Jgn pernah mengungkit.

Tetapi, pujuklah diri utk kekal istiqamah.
Sentiasalah berdoa agar diberi jalan yg benar.





#Semoga kita bersama sentiasa di bawah lindunganNya.
#Semoga kita sama2 memperoleh kejayaan.
#Semoga kita bersama2 menjadi anak2 yg soleh dan solehah.
#innallaha ma'assobiriin. :)

Aamiin....


_IemaTayib_


8 comments:

  1. Terharu la... Bab masih yg " menyakat lagi ".... Perghhh.... Menyentap woooo......
    ~ ezzul~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terharu???
      Hanya secebis perkongsian sahaja. Doakan sy terus istiqamah.
      Terasa???
      Alhamdulillah, iman masih fresh.
      So always renovate + refresh ur iman...!!
      May Allah ease...
      N syukran jiddan sudi luangkan masa to read this entry.

      Delete
  2. semoga dpt lkukan sesuatu perkara dgn istiqamah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin.. In shaa Allah.
      Ats kehendakNya jua.
      U too semoga terus istiqamah! ^^
      Trimas ats komen.

      Delete
  3. Wuishh..tung ahh dh Freedom><
    Istiqamah is de Key.yaa *gulps

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... Awak bakal menyusul yaa.....
      Yup! Thts the key.
      May Allah ease,,,

      Delete
  4. nice entry sist..keep it up.. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup dear, syukran jiddan.
      Sekadar renungan bersama,,, asif baru terbace segala komen2.
      In shaa Allah. Trimas ats sokongan,

      Delete